Buat mereka yang takut akan serangga khususnya lipas, pasti tak terlepas daripada menggunakan penyembur racun lipas yang banyak terjual di pasaran.

Advertisement
Namun tahukah anda, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa lipas dilihat semakin kebal terhadap pelbagai jenis racun serangga sehingga menjadikan ia semakin sukar untuk dibunuh.

Lipas Jerman, iaitu spesis lipas yang paling biasa dalam dunia serangga, mula membina ketahanan tinggi terhadap racun serangga.
Kajian yang dilakukan selama 6 bulan itu mendapati penyelidik bukan sahaja mampu mengurangkan populasi lipas, malah ia dilihat mempunyai ketahanan sebanyak 6 kali lebih tinggi terhadap gabungan pelbagai jenis racun serangga. Pergh!

Kajian oleh Profesor Michael Schart dari Universiti Purdue ini telah diterbitkan dalam laporan Journal Saintifik.
Sumber: Daily Mail