Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Litar Sepang Mungkin Dibuka Untuk Acara Berbasikal

Melihat kepada keadaan semasa COVID-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mungkin akan dimanfaatkan untuk kegunaan lain agar pendapatannya terus bertahan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Azhan Shafriman Hanif.

litar sepang mungkin dibuka untuk acara berbasikal

Menurutnya, industri sukan permotoran tempatan merupakan antara industri yang terjejas teruk oleh pandemik berkenaan, memberikan idea untuk mencadangkan pembukaan trek bagi acara larian dan berbasikal.

Advertisement

"Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa.

"Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.

"Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini.

"Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang... dipanggil merakyatkan SIC... Bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain," katanya.

Sumber: BERNAMA / Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini