Semua orang tahu dan kenal dengan logo Formula 1 ini, yang sudah berusia hampir 24 tahun.

Pada hujung minggu lalu, syarikat Formula 1 telah memperkenalkan logo terbarunya, menggantikan logo lama yang berusia lebih 2 dekad sejak 1993.
Advertisement

Logo terbaru ini mendapat sentuhan rekaan oleh Liberty Media, Ellie Norman dan syarikat pengiklanan Wieden dan Kennedy.

Malangnya, ramai yang tidak menyukai logo baru tersebut, dan rata-rata ramai yang lebih suka dengan rekaan logo lama yang nampak lebih ‘sporty’.





Sebelum mereka setuju dengan logo baru ini, terdapat cadangan beberapa logo yang telah dicadangkan, dan salah satu daripada logo yang dicadangkan adalah satu garisan lurus dengan bintik hitam dihujungnya.





Sumber: Boredpanda