Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kebakaran Berlaku Terhadap Loji Nuklear Terbesar Eropah Di Ukraine Akibat Serangan Rusia

Sebuah video tular apabila berlakunya satu kebakaran di loji nuklear terbesar Eropah di bandar Energodar, Ukraine.

Kejadian itu dilaporkan berlaku selepas diserang dari segenap penjuru oleh tentera Rusia.

Advertisement

kebakaran berlaku terhadap loji nuklear terbesar eropah di ukraine akibat serangan rusia

Video langsung jelas memaparkan kebakaran besar di stesen jana kuasa dan tapak loji yang terletak di timur Ukraine itu.

Malah, kejaidan itu boleh menyebabakan kebimbangan terhadap berlakunya bencana radiasi di negara itu yang kini diceroboh tentera Rusia.

Menurut Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba, pihaknya menggesa pihak tentera supaya segera menghentikan serangan agar anggota bomba dapat melakukan tindakan pemadaman.

“Jika ia meletup, ia akan menjadi 10 kali lebih dahsyat daripada Chernobyl,” katanya.

Tambahnya, para pegawai sebelum ini telah memberi amaran akan potensi “ancaman sebenar bahaya nuklear”.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini