Siapa sangka lukisan yang dibuat empat kanak-kanak di Jerman telah berjaya membantu polis menjejaki pesalah jalan raya?

Memetik laporan dari Gulf News, empat kanak-kanak itu menjadi saksi utama dalam satu kemalangan jalan raya di daerah Bockum-Hovel pada 11 November lalu.
Advertisement
Ketika kejadian, mereka sedang berjalan kaki menuju ke sekolah di Overberg School.
Namun semasa di lampu isyarat, sebuah kereta hitam membelok ke arah kiri dan melanggar penghadang jalan hingga menyebabkan kerosakan. Bagaimanapun, pemandu itu memecut laju dan meninggalkan tempat kejadian.
Kanak-kanak itu kemudiannya menceritakan kejadian tersebut kepada guru kelas, sebelum satu laporan polis dibuat.
Semasa laporan dibuat, mereka melakarkan kejadian kemalangan termasuklah wajah pemandu wanita yang menyebabkan insiden itu berlaku.
Meskipun ia hanyalah satu lakaran kanak-kanak dan sukar difahami, sebahagian daripada maklumat yang diberi dapat membantu siasatan kes berkenaan.


"Luisa, Romy, Celina dan Luis dari kelas Dragon, Overberg School layak mendapat pujian khas daripada polis," tulis jabatan polis itu, polizei_nrw_ham di Twitter
Ein dickes Lob von der #Polizei #Hamm verdienen die #Nachwuchsermittler Luisa, Romy, Celina und Luis aus der Drachenklasse der #Overbergschule in Bockum-Hövel. Sie beobachteten eine Unfallflucht und malten Bilder.Hier geht es zu unserer Pressemeldung:https://t.co/LExDzuTfYA pic.twitter.com/YIRgEQZwPm
— Polizei NRW HAM (@polizei_nrw_ham) November 13, 2020
Sumber: Gulf News