Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Lumpuh Pada Wajah Selepas Hidap Selesema

Seorang ibu yang menghidap selesema dan tekanan yang berpanjangan menderita lumpuh pada wajah selama 5 minggu.

wanita ini lumpuh pada wajah selepas hidap selesema

Advertisement

Shayna Aldrich, 34, tidak dapat menggerakkan otot pada wajahnya untuk makan dan juga tidak dapat mengelipkan mata selepas mengidap demam dan selesema teruk.

wanita ini lumpuh pada wajah selepas hidap selesema

Beliau yang berasal dari bandar raya New York mula menyedari sesuatu yang tak kena pada dirinya, namun kembali berkerja seperti biasa. Shayna tidak menganggap apa-apa yang pelik, sehingga beliau merasakan kebas pada dagu dan bibir, kemudian lumpuh pada seluruh wajah.

Menurut doktor yang merawatnya, penyakit Shayna itu dikenali sebagai Bell’s Palsy.

wanita ini lumpuh pada wajah selepas hidap selesema

“Saya diberikan ubat steroid untuk mengurangkan bengkak pada saraf.

“Doktor meminta saya menunggu dan menganggarkan masa antara dua minggu hingga dua bulan atau lebih teruk lagi, dua tahun untuk saya kembali sembuh,” katanya.

Shayna bagaimanapun kembali pulih lima minggu selepas itu.

wanita ini lumpuh pada wajah selepas hidap selesema

Sumber: The Epoch Times

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini