Ada banyak cara yang cuba dilakukan oleh orang ramai dek kerana cuaca yang terlampau panas sejak dua menjak ini.
Begitu juga dengan seorang penduduk di bandar Ahmedabad, Gujarat, India apabila dia menggunakan kaedahnya tersendiri untuk menyejukkan kereta dimusim panas.
Advertisement
Rupesh Gauranga Das, telah melumurkan sejumlah najis lembu pada badan keretanya, bagi mengelakkan keretanya ‘terbakar’ akibat cuaca panas.

Foto yang tular dilaman Facebook itu menunjukkan kenderaan milik Rupesh yang telah dilumur najis lembu dengan kapsyen 'cara penggunaan najis lembu yang terbaik pernah saya lihat setakat ini'

Bagi kawasan pendalaman India, najis lembu digunakan pada bahagian lantai dan dinding rumah kerana dipercayai dapat memanaskan rumah ketika musim sejuk.
Sumber: Indian Express
