Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jangan Salahkan Haziq, Adib Zainudin Mohon Maaf

maafkan kami malaysia - adib zainudin

(Gambar : Hairul Anuar Rahim)

Advertisement

Malam tadi menyaksikan pasukan bola sepak Harimau Malaya tewas 0-1 kepada Thailand di Stadium Shah Alam dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea KL 2017. Gol pada minit ke 38 itu merupakan gol sendiri selepas penjaga gol Malaysia, Mohamed Haziq Nadzli tertumbuk bola hingga masuk ke gawang sendiri. 

"Ia situasi sukar buat Haziq, dan kesilapan itu boleh berlaku ke atas mana-mana pemain. Kita tak boleh menyalahkan dia, dia masih muda dan masih belajar lagi," jelas Datuk Ong Kim Swee selepas perlawanan. 

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas di tempat sendiri adalah pada tahun 1989. Kesemua pemain Malaysia kelihatan sugul kerana tewas ke atas Thailand. Kapten pasukan, Adib Zainudin memuat naik satu gambar di Insta Stories dengan kapsyen "Maafkan Kami Malaysia "

maafkan kami malaysia - adib zainudin

Bagaimanapun, peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia tetap mengucapkan terima kasih kerana sudah berjaya berakhir dengan baik sehingga ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea KL 2017. 

ERA Muzik Hit Terkini