Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Buktikan Dia Masih Hidup, Selepas Mahkamah Sahkan Dia Mati

Seorang wanita dari Perancis berusia 58 tahun telah berjuang untuk mendapatkan kehidupannya kembali selepas disahkan telah mati oleh pengadilan.

wanita ini buktikan dia masih hidup, selepas mahkamah sahkan dia mati

Jeanne Pouchain telah berusaha membuktikan bahawa dia masih hidup dan sihat selama tiga tahun, selepas mahkamah buruh mengisytiharkan dia mati, berdasarkan maklumat yang diberikan oleh salah seorang bekas pekerjanya.

Advertisement

Akibat dari keputusan mahkamah itu, namanya telah dihapuskan dari rekod rasmi menyebabkkan dia kehilangan kad pengenalannya, lesen memandu, insurans perubatan, akaun bank, dan lain-lain.

wanita ini buktikan dia masih hidup, selepas mahkamah sahkan dia mati

"Saya menemui seorang peguam yang memberitahu saya bahawa masalah itu akan dapat diselesaikan dengan cepat selepas saya berjumpa dengan doktor saya yang mengesahkan bahawa saya masih hidup. "Tetapi kerana ada keputusan mahkamah, itu sahaja tidak mencukupi," katanya.

Daripada laporan bekas pekerjanya, mahkamah telah mengesahkan Jeanne Pouchain mati pada tahun 2017, membuatkan beliau sehingga kini terpaksa turun naik mahkamah bagi membuktikan dirinya masih lagi hidup.

Sumber: Oddity Central

ERA Muzik Hit Terkini