Sven Van de Wege telah hilang keupayaan untuk melihat menggunakan kedua-dua belah matanya sejak dari usia 6 tahun kerana kanser. Sejak dari itu, dia mungkin tidak boleh bermain permainan video lagi.

Kini, Sven, yang juga amat dikenali dengan panggilan “Blind Warrior Sven” adalah seorang pemain video professional, yang hanya menggunakan bunyi untuk bermain game Street Fighter.


