Permainan video sering dianggap melalaikan dan tidak mempunyai masa depan buat kebanyakkan ibu bapa.

Namun kini di China, pemain video atau e-sukan kini telah dianggap sebagai satu kerjaya yang diiktiraf oleh kerajaan disana.
Advertisement
Selain e-sukan, aktiviti blogging, menjual produk dilaman e-dagang dan menguruskan akaun media sosial dianggap sebagai satu pekerjaan yang fleksibel dan pekerjaan sebenar.

“Pelajar kolej tidak semestinya perlu pergi ke tempat kerja, semakin banyak kita lihat mereka mempunyai banyak pilihan, termasuk sebagai freelancer.
“Mereka dapat membuka ‘kedai’ di Taobao atau terlibat dalam e-dagang. Mereka boleh membuka perniagaan mereka sendiri hanya dengan komputer riba dan mencipta peluang pekerjaan baru,” kata pakar ekonomi dan penasihat Majlis Negeri, Tang Min.
Dengan pengiktirafan itu, mereka yang bermain permainan video, berblogging serta menguruskan akaun media sosial tidak lagi boleh dianggap sebagai penganggur.
Pada waktu ini, kadar pengangguran di China adalah pada 6.2 peratus dan mereka mensasarkan penurunan kepada 6 peratus menjelang hujung tahun. Berbanding Malaysia, kadar pengangguran setakat Mei 2020 adalah pada 5.3%.
Sumber: Straits Times / ODISI