Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akhirnya Boleh Buat Majlis Perkahwinan Mulai 1 Julai Dengan Syarat ...

Buat mereka yang mahu mengadakan majlis perkahwinan, anda sudah boleh mula menarik nafas lega selepas kerajaan mengumumkan kebenaran untuk mengadakan majlis sosial termasuk perkahwinan ketika PKPP mulai 1 Julai 2020.

akhirnya boleh buat majlis perkahwinan mulai 1 julai dengan syarat ...

Pengumuman dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan berkata penganjuran majlis sosial adalah perlu dihadkan antara tiga hingga lima jam sahaja.

Advertisement

Malah kapasiti tetamu yang hadir juga tidak lebih daripada 250 orang bergantung kepada saiz tempat majlis tersebut diadakan.

Meskipun kebenaran diberi, penjarakan sosial sepanjang majlis tersebut berlangsung juga perlu diamalkan termasuk memastikan kapasiti dalam ruangan majlis itu diadakan.

Bagi hidangan bufet pada majlis itu juga perlu dihidangkan oleh pramusaji dan tetamu tidak dibenarkan untuk mengambil sendiri makanan.

akhirnya boleh buat majlis perkahwinan mulai 1 julai dengan syarat ...

"Jadi, tetamu tidak boleh mengambil makanan sendiri, namun cara terbaik adalah secara hidangan. Antara prosedur operasi standard (SOP) adalah perlu membuat saringan di pintu masuk, memeriksa suhu badan, dan tidak membenarkan mereka yang bergejala hadir.

"Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka dan penganjur mesti mendaftarkan tetamu dengan aplikasi MySejahtera atau direkod secara manual," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan menasihatkan mana-mana penganjur yang sukar mematuhi SOP agar tidak meneruskan pengajuran majlis tersebut.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini