Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Majlis Konvo Buat Secara Drive Thru Demi Keselamatan Pelajar

Ekoran daripada pandemik COVID-19 di seluruh dunia, sebuah sekolah di India mengambil pendekatan berbeza dalam meraikan pelajar mereka yang bergraduasi, iaitu secara pandu lalu.

majlis konvo buat secara drive thru demi keselamatan pelajar

Advertisement

Canadian International School di Bengaluru, India membuat pendekatan sedemikian bagi mengelakkan risiko terkena jangkitan COVID-19, dengan memberikan sijil kepada pelajar menerusi tingkap kereta yang dipandu oleh ibu bapa dan penjaga pelajar.

majlis konvo buat secara drive thru demi keselamatan pelajar

Penyerahan sijil secara drive thru itu diadakan dikawasan padang bola sepak bagi menampung bilangan kenderaan ketika majlis graduasi dijalankan.

Walaupun ia diadakan secara drive thru, pelajar masih perlu memakai jubah konvokesyen dan sorakan serta ucapan tahniah diberi kepada semua yang bergraduasi.

majlis konvo buat secara drive thru demi keselamatan pelajar

Inisiatif ini nyata menarik minat ramai yang kagum dengan usaha dilakukan sekolah ini bagi meraikan pelajar mereka.

Sumber: Times of India

ERA Muzik Hit Terkini