Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Majlis Konvo UiTM Akan Dibuat Secara Janji Temu, Patuh Norma Baharu

Graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengadakan majlis konvokesyen secara janji temu bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar, staf dan mereka yang terlibat.

majlis konvo uitm akan dibuat secara janji temu, patuh norma baharu

Mementingkan aspek 4K (keselamatan, kesihatan, kebajikan dan keselesaan), Pengurusan Tertinggi UiTM amat prihatin dan akan melakukan terbaik untuk pelajar mereka.

Advertisement

Menurut Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, sesi penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu itu akan dilaksanakan bermula 7 Nov ini sehingga 9 Jan tahun depan dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, namun ia tertakluk kepada perubahan.

majlis konvo uitm akan dibuat secara janji temu, patuh norma baharu

Sesi penganugerahan itu juga akan dilakukan di UiTM Shah Alam dan seluruh kampus cawangan, berdasarkan pemilihan kampus terdekat oleh graduan tanpa mengambil kira tempat asal pengajian.

majlis konvo uitm akan dibuat secara janji temu, patuh norma baharu

Graduan masih berpeluang memakai jubah konvokesyen, merakam gambar kenangan dan menerima skol serta transkrip, sama seperti majlis konvokesyen sebelum ini.

Pelaksaan itu juga dijangka mengambil masa 7 hingga 15 minit bagi setiap graduan.

Bagi Istiadat Konvokesyen UiTM ke-92 kali ini, seramai 22,834 graduan dilaporkan akan terlibat dalam sesi berkenaan.

Graduan yang terlibat boleh membuat permohonan menerusi Sistem Janji Temu Penganugerahan Diploma/Ijazah di laman sesawang https://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/

ERA Muzik Hit Terkini