Kimberly Santleben-Stiteler , seorang wanita yang berasal dari Texas, telah menjemput keluarga dan rakan-rakannya untuk ke satu majlis yang diadakan selepas penceraiannya dimuktamadkan.
Namun apa yang berbeza berkenaan majlis itu adalah majlis meletupkan baju perkahwinannya yang diadakan selepas itu.
Advertisement

Wanita berkenaan bercerai bersama bekas suaminya selepas mereka berkahwin selama 14 tahun.
Tindakan Kimberly meletupkan baju perkahwinannya adalah kerana beliau tidak ingin ada sebarang benda atau barang yang berkaitan perkahwinan dalam rumahnya.
Walaupun dia menerima cadangan daripada rakan dan ahli keluarganya supaya mendermakan saja pakaian itu, wanita itu nekad untuk membakarnya.
"Bagi saya pakaian itu mewakili satu pembohongan," kata Santleben-Stiteler dalam laporan itu.
Baju berkenaan telah berjaya diletupkan dalam jarak yang selamat daripada orang ramai.
Sumber: -AsiaOne
