Mungkin ada diantara kita yang pernah makan makanan hingga tidak habis makanan tersebut, lalu dibiarkan sahaja tinggal atas meja.

Namun siapa sangka, makanan lebih ini kini menjadi pilihan orang tertentu untuk menghabiskannya di kedai makan atau restoran?
Advertisement
Dipetik dari laman kumpulan Facebook SG Food Rescue, seorang pengguna telah berkongsi foto makanan lebihan yang ditinggalkan seseorang ketika berada dalam sebuah kedai makan. Beliau memberitahu bahawa beliau telah menghabiskan makanan tersebut dan berpuas hati.

“Rasa lapar jadi saya terus ke kedai kakan untuk membeli sesuatu, namun terlihat banyak makanan lebih”
“Saya ambil peralatan makanan, lalu menghabiskannya. Saya tidak mengeluarkan wang dan amat berpuas hati”, katanya pada ruang kapsyen.

Tindakan ini telah mendapat pelbagai respon dari orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan Luo atas sebab kebersihan.

Sumber: Mothership