Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Asyik Makan Benda Manis, Buah Pinggang Budak Rosak Teruk Dan Temui Ajal

Seorang kanak-kanak di Beijing, China meninggal dunia akibat masalah buah pinggang kerana kerap mengambil makanan manis, termasuk bubble tea.

buah pinggang rosak, budak temui ajal asyik makan benda manis

Dipetik dari laman Tribunnews, kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun itu telah diberikan makanan manis sejak dari usia dua tahun.

Advertisement

Bapa kanak-kanak tersebut menyesal kerana tidak mengawal makanan anaknya sejak dari kecil.

Kanak-kanak tersebut yang menghidap obesiti, pada mulanya mengadu sakit perut pada Januari tahun lalu. Selepas dibawa ke hospital, hasil pemeriksaan mendapati buah pinggang dan hatinya telah rosak teruk.

Selain itu, menurut Public Health Malaysia, minuman ini dikatakan boleh mendekatkan diri anda dengan diabetes.

ERA Muzik Hit Terkini