Skip to main content

Advertisement

Hiburan

5 Jenis Makanan Tiruan Yang Korang Selalunya Tertipu

Barangan tiruan sudah tidak asing lagi dengan masyarakat kita sekarang, bermula dari pakaian, barangan rumah dan termasuklah makanan. Ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut untung lebih tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan ditanggung pengguna.

Untuk mengelak kita ditipu, ini kami kongsikan 10 makanan tiruan yang sering dijual dan cara untuk mengenalpastinya.

Advertisement

1. Kacang Pis Hijau

10 jenis makanan tiruan yang korang selalunya tertipuKacang pis hijau tiruan diperbuat daripada gabungan kacang soya dan sodium metabisulfiate dimana penggunaan sodium metabisulfite adalah dilarang kerana boleh membawa risiko pertumbuhan kanser dan masalah metabolisme.

Cara untuk membezakan tiruan dan asli adalah anda perlu mengambil langkah lebih berhati - hati dengan meilih dari pengeluar yang dipercayai. Jika anda dapati warna kacang terlalu hijau itu bermaksud ia adalah pewarna.

2. Telur Ayam

10 jenis makanan tiruan yang korang selalunya tertipu

Telur tiruan mengandungi bahan merbahaya seperti asid benzoik, sodium alginate dan banyak lagi. 

Kebiasaannya kedua - dua elemen kulit telur dan isi telur ditiru seperti asli. Cara nak membezakannya ialah, kulit telur tiruan biasanya lebih keras dan berbentuk lebih besar dari telur sebenar. Dan kuning telur yang terlalu kuning boleh berkemungkinan adalah tiruan.

3. Mi

10 jenis makanan tiruan yang korang selalunya tertipu

Pendedahan penghasilan mi tiruan di dedahkan pada tahun 2010. Bahan asas membuat mi ini adalah gandum yang rosak dan perasa merbahaya dan ada juga yang diperbuat daripada plastik.

Mi Tiruan biasanya boleh dikenal pasti dengan merasanya sebelum masak.

4. Kayu Manis

5 jenis makanan tiruan yang korang selalunya tertipu

Anda salah jika memikirkan semua kayu manis yang dijual adalah kayu manis sebenar. Kadang - kala yang dibeli adalah Cassia iaitu pengganti kepada kayu manis yang nilainya lebih murah.

Baunya Cassia adalah berbeza dan ia sebenarnya turut membahayakan kesihatan. Kayu manis sebenar mempunyai ‘cinnamomum verum’ pada bungkusannya dan cassia pula mengandungi ‘cinnamomum aromaticum’. Kayu manis sebenar mudah dipatahkan dan ringan. Cassia pula sangat keras dan bewarna coklat terang.

5. Kerang Scallop

5 jenis makanan tiruan yang korang selalunya tertipuScallop kebiasaanya mahal harganya dan disebabkan itu, banyak pengilang menggunakan isi ikan hancur, ikan pari, kuda laut dan isi ikan jerung sebagai pengganti.

Ada juga yang menggunakan fungus salji untuk diproses menjadi scallop.

Sumber Brightside.

ERA Muzik Hit Terkini