Skip to main content

Hiburan

Besar, Memang Kenyang. Rugilah Kalau Korang Tak Cuba 5 Makanan Ni

Kredit gambar utama: Shout

Perasan tak semua benda semakin kecil? Handphone semakin kecil, baju dan seluar semakin kecil dan ramai juga yang mempunyai selera makan yang semakin kecil kerana berdiet.

Asyik sebut benda kecil je, kali ni kita sebut pasal benda BESAAARR... Sesuai untuk korang yang berselera besar. Sure korang tak complain tak cukup makan atau tak kenyang!

#1 Burger XXL di Yazid Burger

besar, memang kenyang. rugilah kalau korang tak cuba 5 makanan ni

Kredit: Instagram/hafizbadri

Korang rasa berapa besar burger di Yazid Burger ni sampai boleh dikatakan bersaiz XXL? Tapi yang pasti memang besarlah, lebih besar daripada muka.

Kalau korang tak confident nak makan burger besar macam ni, don’t worry sebab kat sini ada je burger yang mampu korang makan dengan saiz dagingnya antara 50g ke 3kg pada harga antara RM10 ke RM120.

Yazid Burger terletak di Lot 4, Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

#2 Mi Tom Yum Mangkuk Besar di Ngam

Memang ngam kalau makan ramai-ramai. Barulah berbaloi dengan masa menunggu hidangan korang siap. Iyalah, bukan senang nak sediakan hidangan terbaik bersaiz besar yang lengkap dengan udang, sotong, kepah dan telur. Kalau tak nak tunggu lama, korang call je dan order terlebih dahulu. Tapi, jangan pula tak datang ya.

Oh, harga semangkuk tu RM98, ngam la tu untuk 4 orang makan.

Ngam terletak di S.118, 1 Utama Shopping Centre, 1 Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

#3 Kombo Dulang Besar di The Rack Boutique Cafe

besar, memang kenyang. rugilah kalau korang tak cuba 5 makanan ni

Kredit: Foursquare

Kalau sebelum ni pening tak tau nak makan apa. Kat sini semua makan barat dihimpunkan dalam satu dulang. Kenapa mesti pilih satu kalau korang boleh makan macaroni and cheese, kentang goreng dan spageti dalam satu dulang! Harganya pun berpatutan, hanya rm35 untuk 1 dulang yang boleh dimakan 4 orang.  

The Rack Boutique Café terletak di 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

#4 Piza di Mikey’s Original New York Pizza

besar, memang kenyang. rugilah kalau korang tak cuba 5 makanan ni

Kredit: The Yum List

Kalau sebut pasal rim kereta 18 inci dah memang cool, tapi ni piza 18 inci! Ada macam-macam topping yang boleh korang pilih. Tak larat nak habiskan semua? Nak makan 1 slice pun boleh. Memang besar dan puas hati! Tak percaya? Boleh check out menu diorang di sini.

Mikey’s Original New York Pizza terletak di No. 17, Jalan Telawi 2, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur and in Mid Valley. Untuk penghantaran, WhatsApp je 017-846 0080.

#5 Tower Drink di Empire Nasi Lemak

besar, memang kenyang. rugilah kalau korang tak cuba 5 makanan ni

Dah kenyang makan, korang mesti tercari-cari minuman yang cool untuk sejukkan tekak. Tak mainlah gelas kecil, kalau korang boleh dapat air gelas BESAAR di Empire Nasi Lemak pada harga RM12. Boleh pilih nak teh ais, teh o’ ais, Nescafe ais atau Milo ais. Bolehlah rasa keenakan nasi lemak di sini.  

Empire Nasi Lemak terletak di Pasar Moden Subang Jaya, SS 15/8a, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Tak syiok la kalau order makanan saiz besar ni tapi tak ambil gambar dan tak upload di media sosial kan? Lagilah tak syiok kalau data korang tak cukup. Memang turn off la. 

Nasib ada pelan biGBonus Digi Prepaid pada hanya RM38 setiap bulan. Bolehlah korang enjoy  77GB data Internet dan PERCUMA 1,000 minit masa berbual. Memang BESAR kan? Marilah #Jominternet dengan Digi Prepaid LIVE.

ERA Muzik Hit Terkini