
Seorang lelaki dari Iraq, Adam Muhammad Berjaya menjejakkan kaki ke Makkah pada hari Rabu, 29 Jun 2022 selepas berjalan kaki merentasi 11 negara selama 11 bulan. Beliau memulakan perjalanan dari Britain pada Ogos tahun lepas untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci. Impian yang mungkin mustahil bagi sesetengah orang itu berjaya di lakukan oleh Adam Muhamad. Semoga beliau berada dalam keadaan sihat sentiasa dan semoga beliau mendapat haji yang mabrur. Saksikan detik-detik ketika beliau sampai di tanah suci.