Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Apakah Maksud Nuzul Quran Dan Maknanya Kepada Umat Islam?

Nuzul Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada baginda Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi kitab Al-Quran.

apakah maksud nuzul quran dan maknanya kepada umat islam?

Advertisement

Peristiwa Nuzul Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad. Ketika itu, baginda sedang beribadat di Gua Hira’.

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Nuzul Quran terjadi pada malam Isnin, 24 Ramadan, bersamaan 13 Ogos 610 M.

apakah maksud nuzul quran dan maknanya kepada umat islam?

Perkataan ‘Nuzul’ itu sendiri merujuk kepada maksud ‘turun’ atau ‘berpindah daripada atas ke bawah’. Ketika itu, Malaikat Jibril membawa lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq kepada baginda Nabi Muhammad dan merupakan ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan ke dunia.

apakah maksud nuzul quran dan maknanya kepada umat islam?

Semoga kita semua mengambil teladan dan sama-sama menghayati daripada kisah Nuzul Quran ini.

Wallahu A’alam.

ERA Muzik Hit Terkini