Sebagai salah seorang pengguna jalan raya di Malaysia, pasti anda perasan akan perbezaan warna, huruf dan nombor pada papan tanda jalan raya.
- Papan tanda biru digunakan pada jalan tanpa tol di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

- Papan tanda hijau digunakan untuk lebuh raya bertol atau lebuhraya.
Advertisement

- Huruf 'E' di papan menandakan jalan raya itu adalah lebuh raya.

- Jalan persekutuan diwakili oleh nombor sahaja

- Jalan negeri diwakili oleh nombor dan huruf

- Huruf kuning adalah untuk nama jalan

- Huruf putih adalah untuk bandar-bandar dan kawasan

- Perkataan putih berlatar belakangkan warna maroon adalah destinasi perlancongan.

- Perkataan berwarna oren berlatar belakangkan warna hijau adalah institusi bangunan kerajaan

- Destinasi pada papan tanda disusun dari jauh (paling atas) kepada paling dekat (paling bawah).

Sumber: World of Buzz
