Dalam kita bersama-sama mengharungi penularan wabak COVID-19, kita seharusnya meluahkan rasa bangga kerana Malaysia adalah antara 5 negara terbaik di dunia dalam mengawal wabak ini.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, beliau memaklumkan bahawa satu tinjauan global dibuat dan Malaysia merupakan salah satu negara terbaik mengekang pandemik COVID-19 di dunia.
Advertisement
"Dengan kerjasama tuan-tuan semua, seluruh rakyat Malaysia, serta pengorbanan besar frontliner, kita berjaya meratakan lengkung penularan Covid-19", katanya.
Malaysia diiktiraf sebagai lima negara terbaik di dunia mengawal pandemik #COVID19 - @IsmailSabri60 pic.twitter.com/Ak2lgYxxl3
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 14, 2020
Tambah beliau lagi, penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam pelaksaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan telah mendapat pengiktirafan global, sehinggakan menjadi 5 negara terbaik dunia dalam penerimaan rakyat.

Selain itu juga, sidang media yang biasanya dilakukan setiap hari sebelum ini akan dilakukan hanya 3 kali seminggu bagi memberikan perkembangan terkini berkenaan kawalan keselamatan negara terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020.
Sumber: Bernama