Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 130 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini, 20 Mac, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia 1,030 kes.
Daripada 130 kes baru dilaporkan ini, 48 daripadanya adalah berkait dengan kes kluster tabligh.
Advertisement

Dalam jumlah itu, 26 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 12 kes lagi telah sembuh, menjadikan jumlah sembuh di Malaysia sebanyak 87 kes.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: KKM