Ekoran daripada penularan wabak koronavirus di China yang semakin memuncak, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara kemasukan rakyat China dari Wuhan berkuatkuasa semalam.
Tindakan Malaysia itu dalam membendung penularan wabak koronavirus ke negara ini nyata telah mengurangkan kebimbangan rakyat.
Thank you for this. I think this would calm most of the rakyats. Despite the lockdown, the fact that few millions wuhan's citizen has left the city before the lockdown do make us worry.
— Hazril (@hazril111) January 27, 2020
Keputusan bijak. Rakyat Malaysia risau bukan sbb malas membaca ke apa, risau sbb kita sedar keluar masuk rakyat (pelancong) China di Malaysia agak tinggi. Kalau virus tu berpunca dari Bolivia, mgkin situasi berbeza sbb x ramai rakyat Bolivia dtg sini.
— Ahmad Fadzil (@mad_fadzil) January 27, 2020
Memetik laporan dari Sinar Harian, Exco Kesihatan Pembangunan Luar Bandar Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ia adalah langkah terbaik dalam membendung penularan wabak itu ke dalam negara ini.
Advertisement
"Saya ingat itu langkah yang baik untuk pastikan bahawa kita bermula dengan mengehadkan kemasukan walaupun China (mempunyai populasi) 1.4 bilion penduduknya dan 11 juta dari Wuhan.
"Sudah tentu apabila langkah pertama (penggantungan dengan) memperketat cara masuk itu, saya kira itu langkah yang paling awal," katanya pada media.
Keputusan bagi menggantung eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual bagi rakyat China terutamanya dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei dapat memperketatkan lagi saringan di pintu masuk negara.
Temporary Suspension on visa issuance to all Chinese citizens from Hubei Province. With immediate effect. @chedetofficial @drwanazizah @saifuddinabd @my_malaysia @MarzukiYahyaFC @IkramShahrul @amran_zin @NadzirahO @KDNPUTRAJAYA @imigresenmy pic.twitter.com/vdUUacdD2k
— Wisma Putra (@MalaysiaMFA) January 27, 2020
Sumber: Sinar Harian