Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Garuda Dibaham Harimau Malaya Di Stadium Bukit Jalil

Skuad bolasepak negara telah mempamerkan aksi yang mantap dilaman sendiri selepas membaham skuad Garuda pada aksi perlawanan kelima saingan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada malam ini.

garuda dibaham harimau malaya di stadium bukit jalil

Advertisement

Kubu Malaysia hampir dibolosi pada minit ke-22 namun sepakan Indonesia, Greg Nwokolo berjaya dihalang pertahanan Shahrul Saad sekali gus memberi kelegaan kepada anak buah Tan Cheng Hoe.


Cheng Hoe terpaksa membuat pertukaran pemain pada minit ke-23 apabila penjaga gol Khairulazhan Khalid mengalami kecederaan dan digantikan Farizal Marlias.

Malaysia membuka jaringan cantik menerusi sepakan percuma oleh Safawi Rasid pada minit ke-30 yang gagal ditampan oleh penjaga gol Indonesia.

garuda dibaham harimau malaya di stadium bukit jalil

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malaysia menang setelah 30 minit masa perlawanan yahuuuu

A post shared by Astro Arena 801 & 802HD (@astroarenahd) on

Perlawanan bersambung pada separuh masa kedua dengan asakan bertali arus oleh kedua-dua pasukan, namun Safawi sekali lagi merobek gawang lawan pada minit ke-73' perlawanan.

Kemenangan ini menjadikan skuad negara naik ketempat ke-2 kumpulan G, dibawah pendahulu Vietnam.

garuda dibaham harimau malaya di stadium bukit jalil

Perlawanan seterusnya, Malaysia akan bertemu UAE (26 Mac 2020), Vietnam (31 Mac 2020) dan Thailand pada 9 Jun 2020.

ERA Muzik Hit Terkini