Negara sendiri adalah yang terbaik sungguhpun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sempena 60 tahun kemerdekaan negara, ayuh semarakkan semangat kemerdekaan dalam hati. Hargai setiap nilai dan sebab untuk meletakkan Malaysia di tangga teratas carta hati. Kami mulakan dengan 10 perkara ini!
#1 Lapar jam 3 pagi? Bukan masalah. Malaysia ada kedai makan 24 jam… roti canai, roti telur, roti tisu, teh tarik, mi goreng dan nasi goreng, semua ada!
#2 Sos cili dan sos tomato percuma di restoran-restoran makanan segera, free flow lagi.
#3 Boleh dapat diskaun saman trafik dan, diskaun tol pada musim perayaan.
#4 Meeting mula jam 10, tapi jika tiba sejam lambat pun bukan masalah. Kitakan guna #MalaysianTiming.
#5 Anda boleh parkir di mana-mana termasuk double parking. Hanya letakkan nombor telefon atau lebih mudah, hanya lepaskan brek tangan dan sendal tayar dengan seketul batu. #MalaysianWay
#6 Tiada istilah pemberian tip untuk pelayan restoran.
#7 Boleh berenang di kolam renang dengan t-shirt dan seluar biasa.
#8 Setiap kali pasukan negeri atau negara menang, rakyat Malaysia atau negeri terlibat diberi cuti peristiwa!
#9 Walau apa jua agama yang dianuti, setiap kali Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali… Semua dapat cuti.
#10 Kereta boleh didapati pada harga mampu milik berbanding negara jiran Singapura!
Jika korang sedang mencari-cari kereta, check out Carlist.my, yang mempunyai lebih daripada 170,000 kereta untuk dipilih. Bukan sahaja kereta baru, platform tempatan ini membolehkan korang cari kereta terpakai atau kereta recond. Korang tak perlu risau tentang keselamatan kerana Carlist.my hanya menyenaraikan kereta daripada ejen berdaftar yang sah!
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 tahun, Carlist.my dan Proton bekerjasama dengan ERA untuk menghasilkan video kemerdekaan. Jom check out video mereka di sini.