Kerajaan China telah menghulurkan bantuan perubatan kepada Malaysia untuk petugas hadapan yang bertungkus lumus membanteras wabak COVID-19.

Menurut laporan dari Awani, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bantuan itu melibatkan 100,008 unit Test Kit COVID-19 Nucleic Acid Diagnostic Kit (PCR-Fluorescence Probing), 100,000 topeng muka N95, 500,000 topeng muka tiga lapisan, 50,000 unit Alat Pelindung Diri (PPE) and 200 unit ventilator.
Advertisement
Menurut beliau lagi, ini menunjukkan hubungan erat dan kerjasama antara dua nnegara, dan bantuan seterusnya juga akan menyusul dalam usaha membanteras wabak COVID-19 ini.
"Saya hanya boleh janji kepada China bahawa Malaysia akan menggunakan sepenuhnya peralatan berkenaan. Kita akan terus salurkan kepada NADMA dan saya yakin ia akan membantu barisan hadapan kita seperti doktor, jururawat yang bekerja tanpa mengenal penat membanteras virus ini. Sumbangan China ini akan memberikan lebih tenaga dan semangat kepada mereka untuk terus berjuang.
"Kepada China, teruskan bekerjasama dengan kami. Mewakili Perdana Menteri, kerajaan Malaysia, dan rakyat Malaysia, kami mengucapkan terima kasih," kata beliau sambil menghargai usaha yang dilakukan China dalam membantu negara menghadapi krisis COVID-19 ini.
Sumber: Awani