Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Tidak Lagi Tersenarai Dalam 10 Negara Dengan Kadar Kenaikan Gaji Tertinggi Dunia

Satu kajian yang dijalankan oleh firma konsultansi global, ECA International menunjukkan pada tahun 2020, pekerja Malaysia akan menyaksikan penurunan kadar kenaikan gaji yang ketara berbanding tahun 2019 dengan perbezaan sebanyak 1.1%.

Ini sekaligus menyebabkan Malaysia terkeluar daripada senarai 10 negara yang memiliki kenaikan gaji paling tinggi sedunia.

Advertisement

Kadar inflasi dijangka naik pada tahun 2020 daripada 1.0% kepada 2.1%, sekaligus menyebabkan kenaikan gaji terjejas kepada 2.9% sahaja, berbanding nilai nominal pada 5.0%.

malaysia tidak lagi tersenarai dalam 10 negara dengan kadar kenaikan gaji tertinggi dunia

India dijangka berada ditempat pertama dalam kenaikan gaji tertinggi dunia (5.4%) bagi tahun 2020, diikuti Vietnam (5.1%), Indonesia (4.6%), Kemboja (4.2%) dan Thailand (4.1%).

Sumber: The Edge Market

ERA Muzik Hit Terkini