Skip to main content

Advertisement

Hiburan

[Video] Kelayakan Piala Dunia, Malaysia 3-2 Indonesia

Malam semalam telah berlangsungnya perlawanan pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno.

[video] kelayakan piala dunia, malaysia 3-2 indonesia

Advertisement

Indonesia dan Malaysia turun dengan formasi yang sama dengan perlawanan penuh emosi dan tekanan antara dua musuh tetangga ini.

Indonesia mendahului perlawanan menerusi jaringan Beto Goncalves pada minit ke-12, sebelum Sumareh menyamakan kedudukan pada minit ke-37.

[video] kelayakan piala dunia, malaysia 3-2 indonesia

[video] kelayakan piala dunia, malaysia 3-2 indonesia

Beto Goncalves terus menambah jaringan buat pasukan Indonesia pada minit ke-39 sebelum tamat perlawanan separuh masa pertama.

Pasukan negara menyamakan kedudukan menerusi jaringan cantik Syafiq Ahmad pada minit ke-66 sebelum Sumareh menambah gol kemenangan pada akhir perlawanan dimasa kecederaan.

Kemenangan selepas 15 tahun badi di stadium ini berakhir dengan Malaysia kini mendahului kumpulan G dengan tiga mata penuh. Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 seterusnya melibatkan pasukan Harimau Malaya adalah seperti berikut:

10 September – Malaysia vs UAE

10 Oktober – Vietnam vs Malaysia

14 November – Malaysia vs Thailand

19 November – Malaysia vs Indonesia

ERA Muzik Hit Terkini