Seorang pereka fesyen terkenal, Vivienne Westwood telah mendedahkan rahsia awet mudanya, iaitu hanya mandi sekali dalam seminggu.
Perkara ini bukanlah satu perkara yang mudah bagi orang lain, namun bagi Vivienne, ia menjadi rahsia untuk dirinya nampak lebih muda berbanding usianya yang sebenar.
Advertisement
Menjangkau usia 78 tahun, Vivienne mendedahkan perkara itu pada Minggu Fesyen Paris oleh seorang wartawan yang bertanyakan rahsia dan tips beliau nampak muda walaupun sudah menjangkau usia sedemikian.

''Jangan terlalu kerap mandi," kata Vivienne.
Suaminya pula menggambarkan Vivienne sebagai pereka fesyen terulung dunia berkata,
“Dia cuma mandi sekali seminggu. Disebabkan itu, dia kelihatan cukup berseri-seri. Saya cuma mandi sekali sebulan.”
Selain daripada mandi sekali seminggu, Vivienne juga mengamalkan hanya makan sayur-sayuran sahaja.
Sumber: The Guardian