Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mangsa Kes Buli Pelajar MRSM Dedah Punca Dibuli, Hanya Kerana Tegur Rakan Tonton Video Lucah

Seorang pelajar lelaki tingkatan satu dibuli dalam kejadian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar mendedahkan puncanya dibuli sekumpulan pelajar lain.

mangsa kes buli pelajar mrsm dedah punca dibuli, hanya kerana tegur rakan tonton video lucah

Mangsa dipercayai dibuli sekumpulan pelajar tersebut akibat hanya menegur rakan agar tidak menonton video lucah.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian tersebut didedahkan mangsa berusia 13 tahun itu ketika ditemu bual polis.

“Berdasarkan temu bual itu, mangsa memberitahu dia telah menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah dan jika enggan akan melaporkan kepada guru atau warden.

mangsa kes buli pelajar mrsm dedah punca dibuli, hanya kerana tegur rakan tonton video lucah

“Ini antara punca mengapa enam pelajar itu marah dan bertindak memukul serta membuli mangsa. Seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarahkan enam pelajar terbabit untuk menumbuk mangsa,” katanya.

Tambahnya, pihaknya telah menahan 10 pelajar yang terlibat untuk dirakam percakapan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis ekoran insiden tersebut.

Kini, mangsa dirawat di sebuah hospital di Selangor dan dalam keadaan stabil tanpa mengalami sebarang kecederaan serius.

Sumber: Kosmo Online
 

ERA Muzik Hit Terkini