Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mangsa Lemas Di Air Terjun di Lata Hammer Akhirnya Ditemui Pasukan Penyelamat

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di air terjun Lata Hammer pada Ahad akhirnya ditemui hari ini.

mangsa lemas di air terjun di lata hammer akhirnya ditemui pasukan penyelamat

Advertisement

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani memaklumkan mayat mangsa Haneef Abdul Hafidz telah ditemukan pasukan penyelamat kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Kita menemui mangsa kira-kira 100 meter dari tempat mangsa lemas.

“Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan air terjun untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

mangsa lemas di air terjun di lata hammer akhirnya ditemui pasukan penyelamat

Tragedi berlaku ketika enam lelaki mandi air terjun dan dua daripada mereka lemas di air terjun berkenaan.

Laporan diterima pasukan Bomba pada 3.35 petang mengenai insiden terbabit.

Mangsa pertama, Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada pukul 8.16 malam hari yang sama.

Difahamkan, lokasi kejadian hanya boleh dilalui dengan menaiki motosikal dan berjalan kaki serta tiada liputan komunikasi untuk berhubung.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini