Nampaknya peminat adiwira filem Marvel terpaksa menunggu lebih lama apabila tayangan filem Black Widow dan The Eternals ditangguhkan lagi.

Advertisement
Filem superhero Black Widow yang dijadualkan keluar pada 6 November ini terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

Menurut laporan, Black Widow dijangka ditayangkan pada 7 Mei 2021 selepas dua kali ia ditangguhkan.
Selain itu, filem adiwira Asia pertama iaitu Shang Chi And The Legend Of The Ten Rings turut ditangguhkan tayangannya.

"Marvel telah membuat satu keputusan yang bijak, kita masih dalam fasa pandemik, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kehidupan.
"Saya tak boleh minta peminat pergi menonton wayang sehingga saya sendiri rasa ia selamat," kata pelakon filem The Eternals, Kumail Nanjiani.
Eternals delayed to Nov 5, 2021. Marvel made the right & responsible decision. There’s a pandemic. Nothing is more important than health & lives. I can’t tell ppl to go to a movie theater until I feel safe going to one.
— Kumail Nanjiani (@kumailn) September 23, 2020
Take care of yourselves. I promise it’ll be worth the wait!