Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dah Hari Ke-150 PKPP, Masih Ramai Tak Pakai Face Mask

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sudahpun masuk hari ke-150 sejak ia mula dikuatkuasa di seluruh negara.

dah hari ke-150 pkpp, masih ramai tak pakai face mask

Meskipun sudah hampir 5 bulan tempoh pelaksanaan PKPP, masih ramai yang tidak mengenakan pelitup muka dan mulut ketika berada di tempat awam.

Advertisement

Memetik laporan dari Astro Awani, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 143 individu didapati bersalah atas kesalahan tidak memakai face mask.

Selain itu, 137 lagi atas kesalahan penjarakan fizikal, 77 pula kesalahan gagal merekod butiran diri dan 28 di pusat hiburan.

Daripada jumlah itu, seramai 456 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP pada Khamis.

Penggunaan face mask diwartakan sebagai wajib apabila berada ditempat-tempat awam, untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini