Jepun yang akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Ragbi Dunia 2019 dan juga Sukan Olimpik 2020 telah menghasilkan surau bergerak. Projek surau mobil itu dicuba oleh Toyota Stadium di Tokyo pada hari Isnin yang lalu ini menunjukkan sikap dan hospitaliti mereka terhadap orang Islam.

Projek ini dilancarkan untuk menyelesai masalah berkaitan kekurangan bilangan masjid terutama sekali untuk berdepan dengan beberapa upacara sukan yang agak besar akan datang.


