Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pihak Masjid Ini Boleh Ganti Apa Saja Barang Hilang Seperti Selipar Dan Lain-Lain

Mungkin ada di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman hilang barang seperti selipar di masjid.

pihak masjid ini boleh ganti apa saja barang hilang seperti selipar dan lain-lain

Advertisement

Namun begitu, tahukah anda terdapat sebuah masjid di Indonesia yang sedia menggantikan barang jemaah yang hilang ketika bersolat dimasjid itu, walaupun ia sebuah motosikal?

Masjid Jogokariyan di Yogyakarta dilaporkan akan menggantikan apa sahaja barang yang hilang, sama dengan nilainya.

pihak masjid ini boleh ganti apa saja barang hilang seperti selipar dan lain-lain

“Polisi menggantikan barangan jemaah yang hilang telah dilakukan sejak 1999. Pernah satu ketika di tahun itu, seorang jemaah kehilangan seliparnya. Pengurus masjid kemudiannya menggantikan selipar tersebut dengan wang peribadinya.

“Pengurus tidak menggunakan duit daripada tabung masjid kerana ketika itu wangnya tidak banyak selain ia akan mengurangkan nilai duit tabung,” kata  pengurus masjid, Ahmeda Aulia Nurseta.

Katanya lagi, ia juga sebagai menjaga keamanan jemaah ketika beribadah dan dana serta sumbangan kepada masjid juga semakin meningkat.

pihak masjid ini boleh ganti apa saja barang hilang seperti selipar dan lain-lain

“Uniknya laporan berkaitan kehilangan juga kini semakin berkurang. Entah kerana kesedaran atau sebab lain, jemaah Masjid Jogokariyan semakin berasa tenang ketika beribadah,” katanya.

Kini urusan menggantikan barangan jemaah yang hilang tidak lagi menggunakan duit peribadi pengurus. CCTV juga dipasang ditempat yang pernah berlakunya kecurian.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini