Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mat Saleh Puji Cara Malaysia Tangani COVID-19, ''Sayangnya Tiada Siapa Cakap Tentang Ni.."

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja berjaya mengurangkan kes baru jangkitan COVID-19, malah ia juga berjaya menarik perhatian seorang vlogger antarabangsa.

sorok isteri dalam but kereta ketika pkp, lelaki ditahan pihak berkuasa

Dustin Pfundheller, seorang pengembara dan juga bekas doktor gigi, telah berkongsi video menceritan kehebatan Malaysia dalam menangani wavak COVID-19 di akaun Facebooknya.

Advertisement

Menurut Pfundheller, beliau juga turut merasa kesal kerana terepas pandang akan kecekapan Malaysia dalam mengawal penyebaran virus berkenaan.

mat saleh puji cara malaysia tangani covid-19,

"Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun.

"Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak.

"Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini," kata Pfundheller.

Video berkenaan sehingga kini sudah mendapat lebih 800 ribu tontonan, menjadi bualan ramai rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara dalam mengawal pandemik ini.

mat saleh puji cara malaysia tangani covid-19,

Sumber: Awani / Facebook

ERA Muzik Hit Terkini