Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Menyayat Hati! Mayat Bayi Disorok Bapa Dalam Peti Sejuk Hampir Setahun Lalu Akhirnya Ditemui

Insiden menyayat hati apabila pihak berkuasa menemui mayat bayi baru lahir di dalam peti sejuk beku yang dipercayai disembunyikan bapanya di sebuah rumah selama lebih setahun.

menyayat hati! mayat bayi disorok bapa dalam peti sejuk hampir setahun lalu akhirnya ditemui

Advertisement

Menurut Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai memaklumkan pekerja yang diupah mengubah suai sebuah rumah di perkampungan Wa Ket di daerah Muang terkejut apabila menemui mayat bayi yang dibalut dengan tuala kuning.

Malah, bayi itu merupakan milik pasangan kekasih yang dahulunya tinggal di rumah tersebut yang tidak dapat mengebumikan bayi itu selepas ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri.

Terdahulu, Uew berusia 24 tahun yang merupakan ibu bayi tersebut telah dihantar ke penjara sebelum pemilik asal rumah itu berpindah semula ke rumahnya.

Selepas hampir setahun, pekerja pengubah suaian menemui mayat bayi dibungkus dan diletakkan mainan bersamanya ketika membuka peti ais tersebut.

Lantas, pegawai polis dan pasukan penyelamat bergegas pergi ke rumah tersebut dan hasil siasatan mendapati mayat bayi itu telah meninggal dunia lebih setahun lalu.

Sumber: Sinar Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini