Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Individu Lapor Bau Busuk, Tak Sangka Temui Mayat Lelaki Dalam Patung Dinosaur Gergasi

Mayat seorang lelaki ditemui terperangkap dalam sebuah patung dinosaur gergasi.

Memetik laporan Daily Star, pihak berkuasa percaya lelaki berusia 39 tahun itu maut ketika cuba untuk mencari telefonnya sebelum terjatuh ke dalam patung itu lalu terperangkap.

Advertisement

individu lapor bau busuk, tak sangka temui mayat lelaki dalam patung dinosaur gergasi

Namun, tiada sebarang petunjuk yang jelas mengenai bagaimana mangsa memasuki patung tersebut.

Kejadian berlaku di Barcelona, Sepanyol itu disedari seorang bapa dan anak lelakinya apabila bau busuk dari patung dinosaur itu menyelubungi kawasan sekitar.

individu lapor bau busuk, tak sangka temui mayat lelaki dalam patung dinosaur gergasi

Menurutnya, individu itu mendapati terdapat mayat menerusi belakang kaki patung haiwan itu lalu menghubungi polis untuk siasatan lanjut.

Waris keluarga mangsa mendakwa mereka terputus hubungan dengan mangsa lebih dua hari sebelum melaporkan kehilangannya.

Punca kematian mangsa sedang disiasat dan pihak berkuasa masih menunggu hasil bedah siasat.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini