Seorang wanita yang dipercayai kakitangan sebuah universiti tempatan ditemui meninggal dunia di asrama universiti berkenaan.
Memetik laporan dari Awani, dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari semalam, mangsa merupakan seorang wanita yang juga felo kolej berusia 34 tahun, ditemui dalam keadaan mereput dan berbau di atas lantai bersebelahan dengan katil dalam biliknya.
Advertisement
Laporan berkenaan juga disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

"Hasil siasatan lanjut mendapati, keadaan dalam bilik mangsa tidak terusik dan kami tidak mengesyaki perbuatan jenayah berlaku terhadap mangsa.
"Mangsa juga mengidap penyakit kencing manis yang serius sejak berumur 16 tahun lagi dan bergantung pada insulin," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Mayat mangsa juga telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Awani