Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mahu Dibayar 9 Angka, Mayweather Tak Sabar Nak Tinju Muka Khabib

Baru-baru ini, Khabib telah mencabar juara tinju Amerika Syarikat, Mayweather menerusi video yang dimuatnaik di Instagram.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Leonard Ellerbe (@leonardellerbe) on

Baca: “Only One King”, Floyd Mayweather Respon Cabaran Khabib

Advertisement

Floyd Mayweather menyahut cabaran Khabib itu, sekaligus menjadikan impian untuk melihat mereka berentap ramai peminat sebagai satu kenyataan.

"Bagi pihak saya, saya yang buat keputusan. Tak tahu la di sebelah Khabib macam mana. Tapi di sebelah sini, ok sahaja," katanya kepada TMZ.

mahu dibayar 9 angka, mayweather tak sabar nak tinju muka khabib

Mayweather juga memaklumkan, jika Khabib mahu berlawan, ia seharusnya pertarungan tinju dan perlu diadakan di Las Vegas.

"Dia yang panggil saya. Jadi, dialah yang kena datang ke dunia saya," tegas Mayweather.

Beliau juga berkata dia mengharapkan bayaran sembilan angka, atau lebih AS$100 juta (kira-kira RM415,775,700) daripada jumlah dari apa yang diperolehinya ketika menentang McGregor.

"Jadi, kita lihat jumlah dalam kira-kira AS$110 juta (RM457,350,990) hingga AS$200 juta (RM831,547,255)," katanya.

Khabib telah menang dalam 27 pertarungan MMA tanpa kalah, dan Mayweather pula dengan rekod kemenangan 50-0.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini