Skip to main content

Advertisement

Hiburan

McGregor Ajak Rematch Tapi Mayweather Hanya Ketawa

Ogos tahun lalu, peninju Floyd Mayweather Jr telah berjaya menewaskan bintang seni mempertahankan diri campuran (MMA) UFC, Conor McGregor menerusi TKO pada pusingan kesepuluh.

Advertisement

Sedar dan cuba bangkit untuk menewaskan peninju terbabit, McGregor telah mencabar kembali Mayweather untuk bertarung sekali lagi.

Namun, hasrat McGregor itu diketawakan oleh Mayweather sambil melabelkan kem pasukan McGregor sebagai ‘sekumpulan badut sarkas’.

mcgregor ajak rematch tapi mayweather hanya ketawa

"Budak-budak ini hanya sekumpulan badut sarkas. Mereka tidak boleh mengalahkan 'Money May'. Mereka akan terus datang ke arah saya... akhirnya, saya akan terus ketawa, terus hidup (mewah), terus pergi ke bank," katanya seperti dipetik portal tersebut.

Adakah McGregor berjaya menewaskan Mayweather jika pertarungan ini diadakan sekali lagi?

Sumber: Awani

mcgregor ajak rematch tapi mayweather hanya ketawa

ERA Muzik Hit Terkini