Conor McGregor yang telah mengumumkan persaraanya daripada pentas tinju MMA sebelum ini sekali lagi menimbulkan kontroversi.

Advertisement
Baca: "Only One", Ini Reaksi Khabib Selepas McGregor Umum Bersara
McGregor, 30, telah memuatnaik tweet berbaur hasutan yang menunjukkan foto pesaingnya, Khabib Nurmagomedov bersama isterinya yang ditutupkan muka dengan veil.

“Your wife is a towel make.”, tulis McGregor dilaman Twitternya sebelum dipadam selepas didesak oleh orang ramai.
Tweet yang sempat di screenshot itu kini tersebar meluas dilaman sosial dan ramai meluahkan rasa marah kepada bekas peninju terbabit, sambil melabel dia sebagai seorang yang rasis.


Persaingan antara Khabib dan McGregor telah wujud sejak Oktober lalu, apabila menyaksikan ‘ego’ McGregor tumbang ditangan Khabib menerusi submission pada minit ke-3:03 pusingan keempat.
Baca: McGregor Dedahkan Punca Kenapa Dia Kalah Dengan Khabib
Namun ia tidak berakhir disitu apabila Khabib naik angin dan terus menyerang McGregor dan pasukan lawan diluar gelanggang. Ini adalah ekoran daripada tindakan McGregor yang menghina Khabib, termasuk serangan bas di Brooklyn.