Skip to main content

Advertisement

Hiburan

McGregor Kata Khabib Pengecut Meskipun Dulu Pernah Teruk Dibelasah

Selepas pernah diaibkan oleh Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan UFC 229 dua tahun lalu, Conor McGregor kini menuduh Khabib sebagai pengecut.

Terdahulu, Khabib berkata beliau berada di kampungnya di Dagestan dan tidak sanggup meninggalkan Rusia sepanjang COVID-19 ini untuk beraksi pada perlawanan UFC 249, 18 April ini bertemu Ferguson.

Advertisement

Namun begitu, Khabib mengubah pendiriannya dan meminta Presiden UFC untuk memberikan lokasi baru perlawanan itu dan beliau sedia untuk beraksi.

McGregor menerusi akaun Twitter miliknya mengejek pertemuan Khabib-Ferguson yang masih belum menjadi kenyataan meskipun kedua-duanya sudah mengatur perlawanan sejak dari Disember 2015 lagi.

“Kenyataannya ialah Tony dan Khabib kedua-duanya bersikap pengecut sebelum perlawanan bermula lagi.

“Dengan Khabib orang pertama paling pengecut. Ia menjadikan pertemuan perlawanan menjadi 3-2 memihak kepada Tony.

“Khabib keluar dari AS (Amerika Syarikat) dan pulang ke kampung ketika krisis Covid-19 sedang berlaku. Sangat berisiko tinggi. Tahniah Tony,” kata McGregor.

Dalam pada lain, Presiden UFC, Dana White berkeras mahu mengadakan perlawanan UFC meskipun wabak COVID-19 masih lagi melanda seluruh dunia, hingga memaksa venue asal perlawanan dipindahkan ke lokasi lain.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini