Skip to main content

Advertisement

Hiburan

MDA Umum Batal Kelulusan Bersyarat Dua Kit Ujian Kendiri

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

mda umum batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri

Menerusi kenyataan di laman Facebook MDA, pihaknya memaklumkan tindakan tersebut dilakukan akibat syarikat gagal mematuhi syarat kelulusan.

Advertisement

“Pembatalan ini (kelulusan bersyarat) dibuat kerana syarikat tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Pengguna dinasihatkan agar tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana ia dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.

Sumber: Bernama
 

ERA Muzik Hit Terkini