
Magnetik kutub utara adalah titik kompas utara dan ia amat penting untuk semua jenis teknologi yang melibatkan navigasi.
Advertisement

Walaubagaimana pun, kajian menunjukkan magnetik kutub utara ini semakin menunjukkan peralihan kedudukan yang pantas.
Dipetik dari Awani, perubahan ini menyebabkan peta Model Magnetik Dunia (WMM) terpaksa dikemas kini hampir setiap lima tahun.

Menurut seorang saintis dari British Geological Survey di Edinburgh, Scotland, kepada Reuters berkata, titik berkenaan bergerak hampir kira-kira 50 kilometer dari titik asalnya dalam masa setahun, dan dilihat bergerak semakin pantas dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

Jika diikutkan, kemas kini untuk titik magnetik kutub utara ini sepatutnya dijadualkan pada tahun 2020, namun ia terpaksa diawalkan pada 4 Februari lalu kerana ia bergerak pantas menyeberangi International Date Line.

Peralihan ini adalah sangat penting kepada semua sistem navigasi di dunia, termasuk juga jam, tarikh dan masa.
Sumber: Awani