Sebuah syarikat dari Jepun kini telah menambahkan perasa baru pada menu masakan mereka, iaitu serbuk emas.

Advertisement
Syarikat ini dilaporkan telah mengeluarkan mee segera berserta serbuk emas yang dikenali dengan nama ““Peyoung Sauce Yakisoba noodles with Gold Dust”.

Mi segera yang dikeluarkan secara terhad ini adalah sejenis makanan Jepun iaitu ‘yakisoba’, dijual pada harga 250 yen iaitu kira-kira RM9.20 bagi satu bekas, berbanding yakisoba biasa pada harga 170 yen (~ RM6.30) setiap satu.


Setiap pek yakisoba ini mempunyai serbuk emas dan datang bersama perasa, sos dan mee segera. Cara penyediaannya adalah sama seperti mi segera yang biasa iaitu hanya perlu tambah air.
Ada yang berani cuba?
Sumber: Next Shark
