Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Melaka, Pulau Tioman, Genting Highland Bakal Dibuka Kepada Orang Ramai

Selepas Pulau Langkawi, destinasi pelancongan popular seperti Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highlands bakal dibuka kepada umum bermula 1 Oktober ini.

melaka, pulau tioman, genting highland bakal dibuka kepada orang ramai

Advertisement

Menurut Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini yang melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Tambahnya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Hari ini kita telah meluluskan dan akan dibentangkan esok ke mesyuarat di mana kita telah menamakan tiga destinasi baru, kita ada Genting, Melaka dan Pulau Tioman.

melaka, pulau tioman, genting highland bakal dibuka kepada orang ramai

“Jika ia dipersetujui, tiga kawasan itu akan mula dibenarkan untuk beroperasi mulai 1 Oktober termasuk memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan,” katanya.

melaka, pulau tioman, genting highland bakal dibuka kepada orang ramai

Malah, beberapa kawasan pelancongan lain juga akan diumumkan untuk pembukaan sektor pelancongan orang ramai.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini