Hari ini telah berakhir kertas Bahasa Inggeris bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019.
Namun apa yang menarik tentang kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kali ini adalah nama wanita yang digunakan dalam kertas 2, iaitu Melissa yang dikatakan benar-benar wujud.
Dia la punca aku termenung time exam tadi #spm2019 pic.twitter.com/86wuNyt0Bs
— Annaaa (@AnnaAina_) November 6, 2019
Advertisement
Nama Melissa mulai trending dilaman Twitter sejak hari ini selepas soalan mengenai beliau ditanya dalam kertas 2 Bahasa Inggeris SPM 2019.
HAHAHAHAH . Sabar ya .melissa terbang kena attck 🤣🤣#spm2019
— Usamah (@smahhl) November 6, 2019
Melissa made me terciduksss.#spm2019
— hanihoneydew🌸 (@julianialias) November 6, 2019
weyh kesiannya melissa yang kat ig tu teda kaitan pun dengan spm tapi kena attack oleh spm students HAHSHSHSHSHSHS #spm2019
— شاهيراه 🌈 (@syhrhasmd) November 6, 2019
Dalam kertas soalan tersebut, nama Melissa dikatakan tersangkut selepas gagal mendarat ketika menggunakan paragliding. Namun, warganet khususnya calon SPM 2019 tidak menyangka karakter tersebut nyata benar-benar wujud dengan nama sebenarnya Laura Melissa Williams.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menghujani ruang komen Melissa dengan pelbagai reaksi berbeza.



Tahun lalu, nama Sarah pernah juga menjadi terkenal kerana muncul dalam kertas Bahasa Inggeris SPM 2018.
